Monday, October 19, 2009

About Cipan

Cipan

Tapirus indicus (Desmarest)
Tapir
Famili: Tapiridae

Ciri-ciri

Mempunyai bulu badan yang pendek berwarna hitam dan putih bagi
yang dewasa (dari hujung muncung hingga ke bahu termasuk kaki
hadapan berwarna hitam manakala dari bahu hingga ke pangkal ekor di
bahagian atas berwarna putih). Anak Cipan mempunyai warna gelap
berjalur kuning dan putih berbintik. Warna berjalur anak Cipan akan
hilang apabila berumur di antara 6-8 bulan. Muncung Cipan dewasa
adalah tirus dan bibir atasnya berbentuk seperti belalai pendek di mana
terletaknya lubang hidung. Di dalam masyarakat Cina spesies ini dikenali
sebagai haiwan empat jenis iaitu muka seperti kuda, kuku seperti badak
kerbau, mempunyai belalai seperti gajah dan hidung seperti babi hutan.
Taburan

Cipan boleh didapati di Thailand, Myanmar, Indochina, Sumatera dan
Semenanjung Malaysia.

Habitat

Ia kerap direkodkan di dalam survei/inventori hidupan liar di mana-mana
sahaja kawasan hutan. Ia mendiami kesemua aras ketinggian habitat
hutan. Kadangkala spesies ini terkeluar daripada kawasan hutan
(disebabkan gangguan ke atas habitatnya) dan mendiami kawasan
ladang kelapa sawit, kebun getah dan belukar.

Tabiat

Cipan adalah haiwan nokturnal dan bergerak bersendirian namun
kadangkala ianya bergerak secara berpasangan. Cipan adalah haiwan
yang pemalu dan akan cepat melarikan diri bila bertembung dengan
manusia.

0 comments:

Post a Comment